SELAMAT DATANG KE BLOG MRFUIYOO

Thursday, 28 March 2013

“Sayang apa khabar denganmu? Disini ku merindukan kamu.”



“Sayang apa khabar denganmu? Disini ku merindukan kamu.”

Anda mesti tahu kan potongan lirik ini dari lagu nyanyian siapa? Jika dulu, bila radio putarkan lagu berjudul ‘Sayang’ oleh Shae, kami pasti akan ikut nyanyi sekali. Dengan lirik dan muzik yang ‘catchy’, lagu dendangan Shae ini juga adalah antara lagu yang selalu menjadi siulan kami.

Namun, selepas sebuah video ‘miming’ oleh seorang lelaki tersebar di internet, segalanya sudah berubah. Dengar saja lagu ‘Sayang’ dimana-mana, samada kami ketawa seorang diri ataupun sedikit marah kerana tiada lagi wajah Shae yang muncul dikepala ini. Apa yang tinggal hanyalah gerak tari, lenggok tangan dan juga wajah seorang lelaki.

Monday, 17 December 2012

Keburukan Ais untuk Amal Amrin :)




Sekarang ni musim panas. Memang panas, tak kira siang atau malam. Kadang-kadang selepas mandi beberapa minit pun badan boleh terasa panas dan berpeluh-peluh lagi. Jadi pilihan air yang menjadi kegemaran tentulah air yang berais. Masa mengandung kali pertama dulu kemain jaga, dah mengandung lebih lima bulan tak minum ais lagi. Kononnya banyak minum ais masa mengandung akan beri kesan tak baik. Antaranya, anak mudah dijangkiti demam kuning, anak lebih besar, ibu mudah sakit badan. Entah betul ke mitos je semua tu...


tengah rasa panas, ais kosong pun cukup menarik



makan abc lagii la sedap!

Jom kita tengok keburukan minum ais secara umum :
  • Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman.
  • Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih ceapt berbanding dengan makanan pejal yg lain.
  • Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.



Zulfan 2012. Powered by Blogger.