SELAMAT DATANG KE BLOG MRFUIYOO

Wednesday 28 October 2015

Jom Buat Duit Dengan Forex 2015

Assalamualaikum dan salam muafakat johor.

Lama tak update blog. Mesti korang rindu nak stalker-stalker kan. Ok topik kali ni saya nak kongsikan kepada anda bagaimana nak buat duit dengan mudah melalui perdagangan matawang dunia bahasa scientifiknya disebut FOREX TRADING. Pernah dengar ke korang ? Yang dah tahu tak payah bacalah hahaha. Ok khas untuk newbie-newbie luar sana FOREX TRADING merupakan sistem pertukaran duit transaksi yang berlaku dalam talian online. Kita tak payah pergi moneychanger untuk menukar duit . Melalui online sahaja urusan jadi mudah. Amacam? Dah faham???


Ada newbie-newbie tanya macam mane buat duit dengan duit. La... tadi saya nak jelaskan kan moneychanger tu. Sedia maklum ekonomi dunia ataupon matawang ada turun naiknya begitu juga komoditi-komoditi yang ada turun naiknya. Bila ada turun naik harga... akan berlakunya sistem untuk beli dan jual... ataupon dalam bahasa FOREX ialah BUY DAN SELL. haaa pening da? hahah. Terlebih dulu saya nak maklumkan nak trade forex ni mestilah ada sedikit ilmu... means ada basic dah cukup dah anda untuk trade dengan ilmu asas yang ada. Jadi forex ni suatu bisnes yang long term... ibarat kita jual beli saham...haa macam gitula nampaknya nak bagi newbie-newbie luar sana faham. Saya nak tekankan disini FOREX bukan benda yang scammer @ short term... tapi long term... sebab itu kalau anda tengok kadang2 ada yang trade forex membabi buta lepastu rugi.... Ilmu forex kalau dibahaskan sangat luas.. jadi saya share setakat mana yang saya ada ilmu hehe. So kalau nak bertrading forex kena ada ilmu... google pon boleh...kalau tak perlukan guru.. tapi mesti tak puas kalau tak ada guru mengajar face to face. Ibarat kita nak ilmu kene datang sekolah....kann..betul x?

Dibawah ni salah satu bentuk bagaimana sistem forex trading melalui chart atau graf, Anda faham tak? hehe. Dont worry be happy.... Dulu saya pon pening jugak... makan masa nak hadam. Jadi ini adalah gambaran mcm mane anda nak trade forex asanya ialah sepertimana gambar dibawah ni...



Ok sekarang saya nak explain... ada yang tanya ada apa je dalam chart tu. Haaa kan da bagi tahu tadi ada chartla hahah... Dalam forex kalau anda nampak dalam chart tersebut ade harga setiap pair-pair tertentu. Ada yang tanya pair tu apa pulak? Ok pair tu ialah pasangan matawang yang kita dagangkan..contohnya EUR/USD simbol kepada matawang Europe dan United State Dollar. Ok berbalik kepada ada apa dalam chart tu... selain ada pair yang kita dagangkan.... terdapat juga benda yang naik dan turun...perasan tak? kalau tak nak nampak nak g check doktor.hahah. Ok yang naik turun tu ialah harga yang ada naik dan turun..... atau bahasa forexnya:

Harga Naik : Candle Bullish
Harga Turun : Candle Bearish


Ok sekarang faham dah asas2 forex? saya just terangkan dulu konsep pengenalan je dulu kan .
Pointnya disini anda kena tahu apa itu forex? ada apa dalam forex? Jenis matawang apa perlu didagangkan ? dan macam mana nak tahu graf dalam forex.
Baiklah sampai sini je asas pengenalan saya mengenai forex kepada anda semua. Kalau nak tahu lagi tunggu next chapter saya terangkan... Ok selamat maju jaya. Never say gudbai.

Tag : BuatDuitdenganforex,Pengenalanforex
Janawangforex
jombuatduitforex
carabuatduitforex




Zulfan 2012. Powered by Blogger.