SELAMAT DATANG KE BLOG MRFUIYOO

Monday 23 March 2015

Rahsia Hilangkan Parut dan Jerawat!!!

Tag : Rahsia Hilangkan Parut dan Jerawat!!! Power Ubat Parut Berkesan!!! Tips Hilangkan Parut!!! Penawar Hilangkan Parut!!! Cara Hilangkan Parut!!! 




Assalamualaikum dan salam sejahtera geng2 blogger dan semua kaki2 online alam maya. Baiklah hari ini saya nak perkenal produk yang boleh membantu anda yang ada masalah-masalah kulit especially seperti :

- Parut jerawat?
- Parut luka disebabkan kemalangan?
- Parut kudis?
- Parut demam campak?
- Tompok-tompok tahi unta di badan?



Mesti anda semua ada mengalami apa yang masalah yang saya listkan diatas kan. Dan ramai juga yang dah guna bermacam-macam produk tetapi tiada keberkesanannya. Jadi saya nak perkenalkan produk terbaru di pasaran online iaitu AZANIS SCAR SERUM!!! Apa tu x pernah dengar kan? Memangla produk baru di pasaran memang x pernah dengar ibarat bayi baru lahir ke dunia baru nak dikenalkan. Walaupon Produk Azanis Scar Serum ni masih baru..tetapi produk ni mendapat sambutan yang meletop terutama dalam dalam jualan online. Ok la mari saya tunjukkan testimoni dan juga gambar2 masalah kulit dan kesannya selepas menggunakannya. Alhamdulillah setiap customer yang beli dan guna produk nie dengan ikhlas insha allah pasti masalah kulit kita akan berjaya. Semua tu bergantung pada usaha dan doa kita. Ye dok... Jom survey2 gambar di bawah....

Tuesday 3 March 2015

10 Janji Allah Swt Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.



Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)



Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.


Zulfan 2012. Powered by Blogger.