SELAMAT DATANG KE BLOG MRFUIYOO

Thursday 21 April 2016

Tips-tips Meningkatkan Hubungan Bersama Orang Tersayang




Keyakinan dan kesetiaan pada pasangan perlu ditingkatkan dalam usaha mengeratkan perhubungan suami isteri. Status ‘hubungan jarak jauh’, atas tanggungjawab kerja yang dijalankan bukanlah penyebab utama untuk anda berlaku curang.

Sebaliknya, ketahanan diri, kesetiaan serta kejujuran dalam perhubungan adalah penting untuk memiliki minda positif yang seterusnya mengeratkan hubungan dengan yang tersayang. Anda inginkan hubungan yang mesra berkekalan hingga ke akhir hayat? Tip-tip ini dapat memberikan impak positif dalam perhubungan anda:

Berbual di telefon

Setiap pagi apabila anda bangun dari tidur, berkomunikasi di telefon bersama yang tersayang dengan kata-kata ‘Selamat Pagi, sayang’, mampu melakarkan senyuman manis di bibir si dia.

Berkomunikasi melalui laman sesawang

Anda boleh berkomunikasi melalui Facebook, E-mel, Wechat. Sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu walaupun tinggal berjauhan.

Meluang masa bersama dihujung minggu

Luangkan masa di hujung minggu di rumah sekali seminggu atau dua kali seminggu, agar kemesraan yang terjalin tidak pudar dan menjadi semakin hangat. Anda juga boleh lakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama yang menjadi kesukaan anda berdua.

Jujur dan setia dengan pasangan

Setia dalam perhubungan akan meningkatkan kesedaran dan keyakinan diri walaupun jarak jauh. Anda perlu mencintai si dia sepenuh hati dan menyayanginya dengan jujur agar kemesraan yang terjalin tidak akan terungkai, sekiranya ada gangguan lain ia akan menggugat ketahanan hubungan anda dan pasangan.

Memberikan kata-kata cinta setiap hari

Ringankan bibir anda untuk luahan kata cinta sebagai tanda penghargaan kehadiran si dia yang menjadi penyeri dan penceria hidupmu. Singkirkan sikap ego dan senyap tatkala berjauhan, ini akan mengguris hati pasangan anda dan merenggangkan hubungan.

Meluangkan masa bersama melalui ‘Skype’ atau berkomunikasi dengan video

Teknologi canggih pada masa kini, perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Luangkan masa bersembang agar rindu yang terpendam dapat diredakan. Tanamkan rasa sayang yang mendalam, hubungan akan menjadi akrab selamanya.

Yakin dalam hubungan

Perasaan yakin perlu ditingkatkan pada pasangan untuk mengelakkan dari tercetusnya pertelingkahan yang berpunca dari khabar angin dan tiada usul buktinya. Nikmatilah perjalanan hidup sebagai suami isteri sebaiknya dengan rasa cinta dan sayang serta mensyukuri nikmat yang telah diberikan.

Kredit : Pesona Pengantin





Zulfan 2012. Powered by Blogger.