SELAMAT DATANG KE BLOG MRFUIYOO

Thursday 4 April 2013

Tips Pilihan Suami Yang Baik :)



Wanita mana yang tidak impikan seorang lelaki yang Soleh & Beriman untuk dijadikan sebagai Suami.

Dalam usaha untuk mencari Calon Suami Yang Baik, wanita juga harus berusaha untuk memperbaiki dirinya sebelum memasuki ke alam perkahwinan.

Seperti mana Allah S.W.T berfirman,

 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Petua Mencari Calon Suami Yang Baik :

Pilih yang baik dan beragama

Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan?

Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.

Cari yang sabar dan penyayang

Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah?

Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran.

Jangan nilai pada rupa

‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.

Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.

Hormat orang tua

Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan?

Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.

Cari yang boleh mendengar dan mendidik

Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita.

Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.

Lihat pada keluarga dia

Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”.

Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.

Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita

Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita.

Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.

Sumber = Harian Islam

Wednesday 3 April 2013

Filem Cerita Kita Best 2013


Assalamualaikum rakan2 blogger dan sahabat semua yang mengenali saya aka zulfan zuhayr. Ok baiklah untuk entri filem melayu yang terbaik untuk 2013 genre CINTA nie.... saya memilih Filem arahan Abang Pierre Andre... Bkn Andrey Shevshenko ea....kuikui.

 Kenapa saya pilih Filem Cerita Kita?

1. Menyentuh perasaan taw...hehe.tengok sendirila nak rase.
2.Scene kamera yang sangat best angle menarik
3.Ada unsur pengajaran yang membina semangat dan tidak putus asa dan banyak lagila.
4.Suka motor Scrambler yang Pekin bawak.
5.Kaya dan Miskin sama sahaja!!!
6. CINTA tidak boleh dibeli dengan DUIT.


P/s : Korang dan tengok lom? Ha kalau dah tengok komen2la dan kongsi apa yang korang rase yer...heheh



Monday 1 April 2013

Jom Niaga Online Tanpa Modal!!!



Perniagaan sudah semesti dikaitkan dengan kewangan tetapi ada juga perniagaan pada masa kini yang hanya memerlukan usaha anda tanpa melibatkan sebarang modal untuk menjana pendapatan sampingan.

Terdapat dua jenis perniagaan online (internet) yang boleh anda mulakan tanpa sebarang modal iaitu Affiliate dan Dropship.



Affiliates

Konsep affiliate lebih kepada anda mempromosikan produk yang dijual oleh individu tertentu dan anda mendapat komisyen yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut. Kebanyakan produk affiliate ini adalah terdiri daripada E-Book.


‘Biar duit kerja untuk kita’



Kata orang bijak pandai: “It is easier to make money than it is to keep it.”

Buat duit (make money) tidak sama dengan urus duit (keep money).


Majoriti daripada kita tahu cara buat duit, iaitu dengan belajar rajin-rajin sampai masuk universiti dan selepas itu dapat kerja. Itu saja yang kita tahu. Cari duit dengan makan gaji.

Makan gaji tidak salah. Cuma ramai yang tahu cara buat duit dengan jalan makan gaji saja. Tidak tahu cara lain mendapat pendapatan bulanan selain makan gaji. Sedangkan hari ini peluang semakin luas, dunia semakin rata dan wujud peluang buat duit yang banyak tanpa perlu makan gaji.

Maka apabila kita rasa tidak cukup duit setiap bulan maka kita pun terus terfikir satu perkara saja, iaitu bagaimana nak naik gaji? Kita pun berdoa. Doa kita dimakbulkan. Alhamdulillah. Ada yang dapat naik gaji dan ada melompat kerja serta dapat naik gaji di tempat kerja baru. Kita pun rasa lega sebab gaji sudah naik.

Malangnya kelegaan itu hanya bertahan dua hingga tiga bulan saja. Masuk bulan ke-4 kita pun kembali kepada situasi sebelum naik gaji. Belum sampai hujung bulan, gaji habis. Aduh!

Urus duit tidak sama dengan buat duit.

Semua orang boleh jadi kaya. Bayangkan, masa zaman belajar dulu langsung tiada pendapatan. Habuk pun tiada. Namun selepas bekerja, kita berkemampuan memperoleh pendapatan sehingga RM30,000 setahun misalnya. Bayangkan, kehidupan kita mendadak naik, dari RM0 menjadi RM30,000.

Namun ‘kekayaan’ itu hanya sekejap. Ramai yang jadi ‘miskin’ semula sebab mengumpul hutang dan beban terlalu banyak dalam tempoh singkat. Kita hidup di atas kadar kemampuan sepatutnya. Kita banyak membeli benda kita tidak perlukan. Kita tidak tahu cara urus duit gaji yang betul. Jika kita sentiasa berbelanja lebih daripada duit gaji, maka sampai bila-bila kita tidak mempunyai sebarang harta.


Zulfan 2012. Powered by Blogger.