SELAMAT DATANG KE BLOG MRFUIYOO

Friday, 20 July 2012

Sabar


Sabar itu indah bila hati menerpis hawa celaka
Sabar itu undang aman tika dunia rampas kembali bahagianya
Ratapan takkan pernah menenangkan jiwa
Biar gelap dunia, sinaran rahmat Allah pastu tiba

Jadi Sabar perlu seiring dengan rasa syukur…
Kerana kasih sayang Ya Rahman tidak akan pernah luntur
BagiNya kaula mujahid dunia yang tak akan gugur
kalau kau jauhkan diri dari dendam si kufur

Mohon pertolongan padanya dengan sabar dan solat…
Dengan Solat, cita-cita mu takkan pernah lewat
Malah Doamu akan merungkai segala hajat
kerana kau juga dianiaya dunia dari Syaitan yang jahat

Sabarlah hati walau seribu malam timbul sesalan
Yang pasti, Selepas kedukaan akan wujud rasa kesukaan
Segala yang ada nanti mungkin dari berkat kesabaran
Dan yakinlah itu hanya tabiat zaman

Sabar itu seteguh tiang iman
Jika datang hal yang menyedihkan
Jauhkan diri dari tipuan syaitan
Lengkapkan dirimu dengan baju kesabaran

by : (callifah.com)


0 comments:



Zulfan 2012. Powered by Blogger.