SELAMAT DATANG KE BLOG MRFUIYOO
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, 18 June 2015

"Alhamdulillah Bertemu Ramadhan 1436H 2015M"


Assalamualaikum.... ramadhan kembali lagi..syukur ke hadrat allah taala kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat bulan yang penuh keberkatan. Ramadhan kali ini berpeluang bagi diri aku bersama-sama family tercinta untuk sambut bersama-sama. Berbanding tahun lepas...aku hanya bersama-sama housemate hehe. 

Emmm.... cuma... aku sedih kalau la arwah abah masih ada lagi....kalaulah arwah abah masih ada lagi... :( 3 tahun sudah berlalu.... Tahun 2012 merupakan tahun sedih bagi aku dan family... Alhamdulillah setakat ini aku berusaha meneruskan amanat sebagai anak sulong...tanpa abah disisi insha allah aku akan terus membela dan menjaga famili aku selagi aku mampu...dan buat yang terbaekkk.... sedihnya... sebak..... banyak perkara yang aku rindu... 

Saturday, 21 July 2012

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2012



Malam ini adalah malam pertama tarawikh menandakan permulaannya 1 Ramadhan. Ada yang buat 8 rakaat ada yang buat 21 rakaat mengikut keyakinan dan ilmu masing-masing. Ada juga yang solat seorang diri dirumah dan ada berjamaah di masjid.

Bagi saya itu bukan masalah yang besar kerana ia adalah khilaf bagi pendapat. Masalah paling besar adalah solat atau tidak. Masalah dalam diri saya juga. Azam ramadhan ini supaya dapat melengkapkan penuh 30 hari solat sunat tarawikh. InsyaAllah. Sama-sama kita berdoa supaya dipermudahkan.

Jangan lupa niat puasa.

Pagi nanti kena bangun sahur, kunci jam siap-siap. Sebagai panduan untuk semua rakan blogger, berikut adalahDownload Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2012/1433 H Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia. Takut makan terlebih waktu... Boleh download dan save as pdf.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2012

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri seluruh Malaysia mengikut Zon untuk tahun 2012/1433H :

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI MELAKA

SELURUH MELAKA

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI JOHOR



ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGILZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN

ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG

ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI PERAK

ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIMZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR

ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG

ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM

ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR

ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR

ZON 7- BUKIT LARUT

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI SARAWAK

ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS

ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI

ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU

ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG

ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG

ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK

ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM

ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN

ZON KHAS

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI SABAH

ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH

ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA

ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN

ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT

ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)

ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR

ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU

ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI TERENGGANU

ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG ZON 2- BESUT DAN SETIU

ZON 3- HULU TERENGGANU

ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI KELANTAN

ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI SELANGOR

ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI PAHANG

ZON 1-PULAU TIOMAN ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH

ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA

ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS

ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI

ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI PERLIS

SELURUH PERLIS

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI SEMBILAN

ZON 1-JEMPOL DAN TAMPINZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI KEDAH

ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN

ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING

ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU

ZON 5- DAERAH LANGKAWI

ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI PULAU PINANG

SELURUH PULAU PINANG

LABUAN

Sumber Rujukan: http://denaihati.com


Friday, 20 July 2012

Ramadhan Menjelma Lagi

 


Tepuk dada, tanya hati. Apa yang dirasai saat ini???

Hore! Alhamdulillah, hari yang ditunggu dinanti telah kunjung tiba. Keazaman menggunung tinggi. ‘Aku mahu memanfaatkan Ramadhan kali ini sebaiknya!’ Persediaan rapi dilakukan. Kesihatan perlu dijaga. Jika hari-hari berlalu, terasa diri tidak berjaya untuk akrab dengan DIA atas kekhilafan sendiri… moga-moga pada lembaran ini akan membuka jalan, memberi peluang buat jasad dan hati untuk kembali.

Atau…

Oh, tidak! Puasa ganti belum dilunasi lagi. Bukan sengaja melengahkan diri tetapi… banyak bangat kerja yang perlu diberesi! Lapar, dahaga… khuatir mengganggu konsentrasi. Walau tidak dapat dinafi, memang salah sendiri yang suka melengahkan diri. Ah! Mereka yang memandang, belum tentu bisa mengerti.

Apapun alasannya, yuk kita mempersiapkan diri kepadanya. Boleh jadi Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat diri kita. Siapa tahu? Justeru, kejarlah … kutiplah mutiara selagi punya waktu. Dapatkanlah keampunan selagi ada ruang. Bersihkan hati, sucikan jiwa. Moga-moga… sekiranya sudah sampai ketetapan ALLAH buat kita, setidak-tidaknya kita sudah berusaha untuk mengislah diri. ALLAHU RABBI…

Ya! Sesungguhnya hidup dan mati aku hanyalah untuk DIA yang Maha Kuasa.

Oh, Ramadhan menjelma lagi…

Khuatir kealpaan lalu berulang kembali. Semangat tarbiah hanyalah di permulaan. Bilamana diuji TUHAN, diri tidak tahan godaan. Jiwa pun tidak mampu bertahan. Tidak mahu menggunakan akal yang dikurniai ALLAH dalam menilai dan membuat perhitungan.

…

Saf di madrasah jelas berkurangan. Solat sunat Tarawih tidak lagi menjadi tumpuan. Solat malam apatah lagi. Mungkin kita terlupa untuk mempelajari, ‘Sesiapa beribadah pada malam hari bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada ALLAH dan mengharapkan pahala daripada-NYA, nescaya akan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu.’ (H.R. Muslim)

Aduh, keutamaan sahur tidak lagi diambil perhatian. Walhal, Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud, ‘Makan sahur itu berkat. Oleh sebab itu, janganlah kamu meninggalkannya walau hanya dengan seteguk air; kerana ALLAH merahmati mereka yang makan sahur, manakala malaikat pula mendoakannya.’ (H.R. An-Nasaai dan Ahmad)

Bukan itu sahaja, untuk segera berbuka apabila masuk waktu pun tidak diendahkan. Hendak makan kurma dahulu? Oh, jauh sekali. Ada ABC yang lebih menarik hati. Lupakah kita pada sabdanya yang berbunyi, ‘Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mana mereka segera berbuka puasa.’ (H.R. Bukhari dan Muslim)

Infak dan sedekah? Oh, diri sendiri pun cukup-cukup makan. Sedarkah, wahai hati? Sesungguhnya apa yang kita miliki itu hakikatnya adalah kepunyaan ALLAH, daripada DIA yang mengurniakan rezeki. Bila-bila masa DIA boleh menambah. Tidak kira ketika DIA boleh mengambil kembali. Justeru, marilah kita menghulurkan tangan, meringankan beban. Salah satu jalannya ialah… INFAK dan BERSEDEKAH. Daripada Ibnu Abbas R.A. katanya, ‘Rasulullah SAW adalah seorang yang paling dermawan dan sifat dermawannya lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika baginda ditemui Jibril. Kebiasaannya, Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari Al-Quran. Maka Rasulullah SAW lebih bermurah hati melakukan kebaikan daripada angin yang bertiup.’ (H.R. Bukhari)

… oh, banyak rupanya yang perlu dilihat dan diperhalusi. Peringatan buat diri sendiri yang selalu lalai lagi alpa.

Moga-moga, ALLAH memilih kita menjadi hamba-NYA yang tidak merugikan peluang yang telah diberikan.

Moga-moga, tarbiah Ramadhan menjadikan kita hamba yang lebih baik… lebih akrab… lebih murni jiwanya. Juga istiqamah dalam mendapatkan keredhaan-Nya.

Peringatan buat diri sendiri yang selalu lalai lagi alpa. Salam Ramadhan buat semua. Bertambah malang, apabila jasad turut serta mengekorinya.






Zulfan 2012. Powered by Blogger.