SELAMAT DATANG KE BLOG MRFUIYOO
Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Friday, 13 December 2013

La Tahzan Ya AKhi Zulfan Zuhayr

Macam kata orang : Hati kita ni ibarat kaca , sekali terguris susah hilangnya . Tapi kita juga seperti batu , sekali terukir namanya susah hilangnya .

Tapi tak ada yang mustahil kan ? Susah hanya akan membuat kita mundur ke belakang .
Susah bukan bermaksud kita tak boleh , tapi kita cuma perlukan waktu , tenaga untuk kita lupakan dia .
Biarlah air mata ini terus mengalir , biarlah sesak ini menganggu degup hati kita .Sebab ianya akan hilang juga.

Kenangan yang ada , buang ! Buang jauh-jauh . Kembalilah kepada Allah dengan hati hanya cinta kepada-Nya . Kita pasti boleh lakukan semua itu . Lawanlah ingatan kepadanya dengan lupa kepada si dia . Penuhi hati kita dengan cinta kepada Allah , maka cinta kepadanya pasti akan terhapus .



Masalah yang sedang aku alami ini MANIS ! Ini adalah nikmat Allah kepadaku . Dia tidak mahu lagi aku terus bergelumang dengan dosa ini . Mungkin pada minggu pertama masih ada degup jantungku yang mengoncang jiwa . Kencang dan lambat hilang . Tapi semuanya perlukan masa . Memang seperti ini.

Kita milik Dia . Dulu , Kini , Dan Selamanya .
Dia berhak menentukan yang terbaik buat kita .
Jalan takdir Allah tak pernah salah .
Berbaik sangkalah dengan aturan-Nya .
Jika perlu menangis , menangislah .
Tapi , jangan lama-lama yaa Zulfan Zuhayr .
Takdir Allah tak ada yang tahu .
Miracle things will come soon . Soon .
Aku mesti percaya . Ya mesti .

La tahzan Zulfan Zuhayr ,
Allah ada .
Allah tahu .

La tahzan Zulfan Zuhayr ,
Jadilah lelaki yang paling berbahagia .
InsyaAllah , Dia ada . 


P/s : Maaf entry kali ni hanya luahan hati saya . Sekian . Assalamualaikum :')

Thursday, 24 October 2013

Aku Sayang Kau Menghilang

Saat Pertama berkenalan
Pergi siang dan malam
Tanpa Ada rasa bosan
Khabarmu selalu ku tanyakan... :(

Hatikupon merasa senang
Melihatmu selalu datang
Dalam hatiku kau pon sayang
Walau ada perasaan bimbang

Tak ada angin ataupon hujan
Tiba-tiba kau menghilang
Pada siapa harus kutanyakan
Padamu sangat ku merindukan

Mohon ku dimaafkan
Bila mana ku punyai kesalahan
Ku sedar ku tiada kelebihan
Mengapa kau harus menghilang... :(

P/s : Sedihnya menaip dengan menghayati serta menjiwai  bait2 Puisi yang x seberapa nie kan ...:(

Thursday, 17 October 2013

Encik Jodoh Bin Takdir



Surat Tidak Rasmi Untuk Awak.

ENCIK JODOH BIN TAKDIR
No:26, Jalan Hati-hati,
Taman Kembang Kuncup,
Negara Temu Jodoh.

1 Januari 2011.

Salam awak,

Malam ini saya tak dapat tido. Cik Lena saya taktahu pergi ke mana. Jadi apa salahnya saya tuliskan surat ini untuk awak. Walaupun saya tak tahu sama ada perlu saya layangkan surat ini pada awan biru ataupun layarkan ke lautan biru dengan harapan satu hari isinya sampai kepada awak. Saya maklum awak takkan baca tapi saya degil juga untuk menulis.

Awak, ini mengenai soal hati. Soal perasaan. Saya taktahu bagaimana nak mulakan, tapi yang pasti pengakhirannya saya mahu hidup saya di hari tua nanti bersama awak. Ada wajah awak. Ada tawa awak. Ada usikan awak. Ada ‘gila-gila’ awak. Pasti bahagia nanti kan? Andai memang awak yang bisa merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia kenapa tidak?

Seabad lamanya, saya simpulkan senyap-senyap isi hati saya. Saya tak terlalu kesah seperti sekarang ini.Saya tak perlu serunsing seperti sekarang ini. Untuk sesuatu yang tak pernah saya fikirkan, akhirnya menjadi agenda utama otak saya. Untuk sesuatu yang saya tak pernah perasan selama ni rupa-rupanya berada di depan mata saya. Sesuatu itu adalah awak. Gila tapi cukup indah.

Bila awak ke utara, dan saya ke selatan, saya pening kadangkala. Mungkin ini namanya suatu proses pemahaman. Saya harap suatu hari nanti kita sama-sama dapat berada di timur melihat matahari terbit. Saya pasti masa itu kita sudah selari.

Harapan saya, moga awak melihat perkara ini dengan betul-betul serius. Jangan jadikan kata-kata awak hanya gula getah yang dicampak ke longkang. Nanti pencemaran alam.

Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua.

Oleh itu saya simpulkan dalam 3 patah kata, saya sayang awak.

Yang benar,

Tulang rusuk awak sebelah lagi.

P/s : Surat cinta ini  betul-betul menusuk hati saya. Saya harap awak dapat memahami dan menjiwai .Mood tacing...

Sunday, 8 September 2013

Andai Wanita Tahu : Luahan Hati Lelaki


...Hargailah kehadiran seorang lelaki dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.. Andainya Perempuan Tahu…

- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).

- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Thursday, 4 April 2013

Tips Pilihan Suami Yang Baik :)



Wanita mana yang tidak impikan seorang lelaki yang Soleh & Beriman untuk dijadikan sebagai Suami.

Dalam usaha untuk mencari Calon Suami Yang Baik, wanita juga harus berusaha untuk memperbaiki dirinya sebelum memasuki ke alam perkahwinan.

Seperti mana Allah S.W.T berfirman,

 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Petua Mencari Calon Suami Yang Baik :

Pilih yang baik dan beragama

Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan?

Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.

Cari yang sabar dan penyayang

Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah?

Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran.

Jangan nilai pada rupa

‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.

Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.

Hormat orang tua

Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan?

Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.

Cari yang boleh mendengar dan mendidik

Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita.

Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.

Lihat pada keluarga dia

Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”.

Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.

Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita

Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita.

Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.

Sumber = Harian Islam

Wednesday, 3 April 2013

Filem Cerita Kita Best 2013


Assalamualaikum rakan2 blogger dan sahabat semua yang mengenali saya aka zulfan zuhayr. Ok baiklah untuk entri filem melayu yang terbaik untuk 2013 genre CINTA nie.... saya memilih Filem arahan Abang Pierre Andre... Bkn Andrey Shevshenko ea....kuikui.

 Kenapa saya pilih Filem Cerita Kita?

1. Menyentuh perasaan taw...hehe.tengok sendirila nak rase.
2.Scene kamera yang sangat best angle menarik
3.Ada unsur pengajaran yang membina semangat dan tidak putus asa dan banyak lagila.
4.Suka motor Scrambler yang Pekin bawak.
5.Kaya dan Miskin sama sahaja!!!
6. CINTA tidak boleh dibeli dengan DUIT.


P/s : Korang dan tengok lom? Ha kalau dah tengok komen2la dan kongsi apa yang korang rase yer...heheh



Saturday, 30 March 2013

Cahaya Mata Irma Hasmie dan Reza


Firstly!!! Tahniah saya nak ucapkan kepada pasangan Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer yang so sweet ini kerana telah dikurniakan cahaya mata  baby boy la huhu yang pertama dan sulong bagi mereka.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh suami Irma sendiri menerumi laman Twitternya



Semoga kehadiran baby yang kiut dan comel ini menjadikan pasangan ini lebih bahagia. Haaa pada yang diluar sana jangan jelezz ok,heheh kalau nak timang anak, ha ni la contoh terbaik Cinta Selepas Nikah. Subhanallah Indahnya kan....

Friday, 20 July 2012

Cinta Jangan Terlalu Murah



Saban hari banyak kisah remaja 'terlanjur'beberapa kali dan ditinggalkan, mengandung tapa niat, tekanan perasaan dan pelbagai masalah sosial yang seakan akan berlaku tanpa disengajakan. seperti biasa mangsa utama adalah kaum wanita yang ditinggalkan oleh kaum lelaki setelah madu dihisap.

Disini disarankan kepada semua kaum wanita marilah kita lahirkan rasa Cinta mengikut keutamaan iatiu :

1. Cinta pada Allah
2. Cinta pada Rasulullah
3.Cinta kepada ibubapa
4.Cinta pada diri sendiri
5.Cinta dan sayang kaum muslimin dan muslimat

Sesungguhnya cinta itu suci. Cinta pada Allah dan Rasulnya adalah cinta yyang suci dan agung. Cinta pada makhluk semata adalah cinta yang basi pasti kecundang dan bakal mengundang kecelakaan.

Akhirnya, bagi mendapatkan lelaki muslimin , wanita wajib menjadi muslimat. Cara menderma dara demi cinta hanya mengundang celaka dan dosa. Murahnya dara diderma maka murahlah juga bakal teruna yang akan diterima dan bakal menghasilkan produk murahan juga. Ingatlah harta paling berharga didunia ialah anak soleh yang pastinya datang dari acuan yang soleh juga.

Tuesday, 26 June 2012

Cinta VS suka



Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan oranf yang kita suka, kita akan tunjuk imej sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari mata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita menutup mata, cinta berubah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta. 



Tuesday, 19 June 2012

Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of stay strong


"... Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita, maka percayalah ALLAH TAALA akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka ..." 
Dalam kehidupan bukan apa yang kita nak bakal kita dapat, kadang-kadang ianya hampir dapat tapi kerana takdir-Nya, sekali lagi kita terlepas. Sekali lagi kita diuji. Seorang mukmin itu tidak bersedih lama. Bila dia mendapat nikmat dan keistimewaan dari Allah dia bersyukur, bila dia mendapat ujian mahupun musibah dia redha dan meniti jalan ujian itu dengan perlahan-lahan :’) Indahnya hidup berTuhan, bila kita hanya ada Allah tempat mengadu. Allah.

Lumrah cinta tiada dua sebab hati akan cenderung mencintai cuma satu

Lumrah cinta tiada dua sebab hati akan cenderung mencintai cuma satu. Betul? Hati tak akan mampu berdusta, kalau antara dua A dan B, kita cuma boleh dan mampu untuk memilih salah satunya, sebab hati cenderung mencintai cuma satu, yes cuma SATU. Tok sah tipu diri sendiri.

Okay mari kita lihat sifirnya. Analogi yang lebih dekat untuk difahami.


Ini Hana dan Kimi. (bukan nama sebenar). Mereka saling menyayangi namun bila Kimi menyedari dia sebenarnya lebih sayang kat orang lain berbanding Hana. cis.



"Maaf, saya tak boleh tipu diri sendiri, ternyata saya sayangkan dia lebih dari awak. Maaf, saya rasa perpisahan ini adalah yang terbaik. Rupanya kita tersalah memberi cinta"

Saturday, 16 June 2012

Motivasi C.I.N.T.A



“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang

bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atausedang bercinta dengannya?”, makadijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apasahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorangpasangan KAZZAB (penipu)”

“…Rasa hormat adalah asas penting menjalinhubungan cinta yang suci sesuai dengan aturanAllah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaranRasul serta hormat ke atas hak dan maruah diantara pasangan amat dititik beratkan ke arahsatu hubungan yang berkekalan.

Inilah Tuan Milik Tulang Rusuk Kiri Mu(Kisah Dari Seorang Sahabat)

Inilah Tuan Milik Tulang Rusuk Kiri Mu(Kisah Dari Seorang Sahabat)


Ketika aku masih lagi di bangku sekolah, melafazkan cinta itu merupakan perkara yang mudah. Bukan aku sahaja yang melakukan sebegitu tetapi ramai lagi kawan-kawan aku melafazakan cinta antara satu sama lain. Ketika itu mungkin rasa ingin tahu terhadap cinta itu sangat tinggi mengatasi rasa ingin tahu untuk membina cita yang lebih cerah pada masa akan datang. Itulah senario yang berlaku pada aku dan juga kawan-kawan. Mengapa begitu mudah cinta itu dilafazkan?



Zulfan 2012. Powered by Blogger.