SELAMAT DATANG KE BLOG MRFUIYOO

Tuesday, 19 June 2012

Lumrah cinta tiada dua sebab hati akan cenderung mencintai cuma satu

Lumrah cinta tiada dua sebab hati akan cenderung mencintai cuma satu. Betul? Hati tak akan mampu berdusta, kalau antara dua A dan B, kita cuma boleh dan mampu untuk memilih salah satunya, sebab hati cenderung mencintai cuma satu, yes cuma SATU. Tok sah tipu diri sendiri.

Okay mari kita lihat sifirnya. Analogi yang lebih dekat untuk difahami.


Ini Hana dan Kimi. (bukan nama sebenar). Mereka saling menyayangi namun bila Kimi menyedari dia sebenarnya lebih sayang kat orang lain berbanding Hana. cis.



"Maaf, saya tak boleh tipu diri sendiri, ternyata saya sayangkan dia lebih dari awak. Maaf, saya rasa perpisahan ini adalah yang terbaik. Rupanya kita tersalah memberi cinta"


Cinta dunia ataupun cinta Akhirat; kita yang pilih. Kalau kita mengejar dunia, Akhirat akan meninggalkan kita, tapi kalau kita kejarkan Akhirat, dunia akan bersama kita. Untung bukan? :') Mencintai dunia lebih dari Akhirat, membuatkan seseorang itu rugi kelak. Seseorang itu akan disibukkan dengan apa yang dicintainya. Sebagai contoh, apabila kita fall in love with someone, kita pasti akan ingat akan orang yang dicintai itu. Sibuk untuk berdating dengannya, sibuk nak berSMS dengan si dia, sibuk nak ikut cakap dia. Yes, yes sebab kita disibukkan dengan kecintaan masing-masing. 

Piala Dunia atau piala Akhirat? 




pilih pilih 

Ramai yang terlupa soal Akhirat. Terlupa sebenarnya kehidupan sebenar adalah di alam sana, Akhirat. Pernah terfikir, amal apa yang kita nak bawak dekat sana nanti :') Kita dihidupkan oleh Allah, di atas muka bumi ini adalah untuk beribadat dan beramal kepadaNya, dan semuanya kita harus persiapkan untuk kehidupan sebenar kita di sana. :')


Tanpa kita sedar, kita terlalu bertungkus lumus dalam hal keduniaan, bersungguh-sungguh mencari kekayaan sehingga terlupa hal-hal Ukhrawi. Ya, lumrah cinta tiada dua, sama ada cinta dunia mahupun cinta Akhirat, semuanya terletak pada pilihan kita. Memilih kesesatan atau memilih keimanan.

Dunia diciptakan untuk manusia dan manusia diciptakan untuk Akhirat. Hidup di dunia untuk dibawa bekal ke alam yang lebih kekal, Akhirat. Ramai di kalangan umat Islam yang mengaku sebagai orang Islam, namun realiti kehidupan mereka langsung tidak mencerminkan keperibadian seorang Islam. Benarlah sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w ketika mana ditanya oleh para sahabat tentang keadaan umat Islam di akhir zaman.

"Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. bertanya,

"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”

Sabda Baginda s.a.w:

"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan."

Sahabat bertanya lagi,

"Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di lautan?"

Jawab Rasulullah s.a.w:

"Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah.


Habis Madu Sepah dibuang

Allah dah bagi nikmat, kita rasa, kita dapat, kita nikmati, lepas tu tak tahu bersyukur. Sungguh, bawak bawak le beringat pada Allah, jadikan Dia kecintaan Utama kita melebihi yang lain, biar kita dapat merasai kemanisan iman. Jangan jadikan iman semakin tawar dan hambar. Bila hambar, itu yang kita rasa bosannya solat, bosannya majlis-majlis ilmu, kurang berjemaah, hatta surau atau masjid di hadapan rumahmu sendiri. -,-'

yes, and of course di samping mengejar Akhirat, Dunia tidak dilupa. jangan jadi berat sebelah. thats why 'kalau kita berusaha untuk mengejar Akhirat, InsyaAllah Dunia akan bersama-sama kita.' Bagaimana nak seimbangkan, itu terletak pada usaha kita sendiri. Usaha yang bagaimana untuk menjadikan kita tidak rugi. So, have we decided? Dunia or Akhirat? Pilih pilih, jangan salah terpilih, usaha untuk mendapatkan kedua-duanya sekali. jangan jadi manusia yang rugi, Dunia ketinggalan Akhirat pulak melepas. :')

Waallahu'alam. :)



0 comments:



Zulfan 2012. Powered by Blogger.