SELAMAT DATANG KE BLOG MRFUIYOO
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Saturday, 7 September 2013

Kenapa rahim ibu adalah tempat yang paling selamat dan ajaib?

 
 
 
1- Allah sendiri yang berfirman dalam Surah al-Mu’minun, “Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia
daripada satu sari pati dari tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) di tempat
yang kukuh (rahim)”.


2- Pernah tengok bayi lahir tak cukup bulan? Biasanya, bayi lahir pramatang kena duduk dalam inkubator
untuk satu jangkamasa tertentu. Kenapa inkubator? Sebab, inkubator direka fungsinya sebagai pengganti
rahim ibu. Mestilah inkubator ni dipasang macam-macam teknologi perubatan demi kelangsungan bayi tadi,
tapi bayi ini masih lagi ada risiko terkena jangkitan.


3- “Bilik” paling kebal dari sebarang ancaman. Macam-macam ancaman. Bunyi bising, asap kenderaan,
asap rokok bapak dia, pelbagai siri gegaran.

4- Kedudukan rahim. Duduknya rahim adalah dalam ruang pelvis (ruangan antara tulang pinggul dan paha).
Kedudukan istimewa ni sangatlah sesuai untuk perkembangan awal janin. Fuh, hebat!

Wednesday, 22 May 2013

MSL 2013 JOHOR DARUL TAKZIM VS KELANTAN FA



JOHOR DARUL TAKZIM VS KELANTAN FA

Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Johor Bahru
Rabu, 22hb Mei 2013, 8.45 mlm
Siaran Langsung : Astro Arena 801, 8.45mlm

Perlawanan yang menarik untuk disaksikan antara kedua- dua pasukan. Kali ini pasukan Kelantan akan bertandang ke stadium keramat pasukan JDT di LARKIN. Mungkinkah anda semua masih mengingati kejadian yang berlaku di Stadium Mohammed Ke IV, Kelantan. Ayuh semua peminat dan penyokong pasukan JDT. Kita ke Stadium Larkin menjadi pemain ke 12 untuk pasukan JDT kesayangan kita. Biarkan SORAKAN LARKIN bergema. Dont fight2, enjoy the game..!! 

Sesah JOHOR Sesah.!!
Luaskan Kuasamu JOHOR.!!
Kita Tetap Menang.!!

Jangan Lupa singgah Fanpage saya : https://www.facebook.com/PeminatBolaSepakJohor
Dan Official Blog Sukan : http://peminatbolasepakjohor.blogspot.com/

Thursday, 4 April 2013

Tips Pilihan Suami Yang Baik :)



Wanita mana yang tidak impikan seorang lelaki yang Soleh & Beriman untuk dijadikan sebagai Suami.

Dalam usaha untuk mencari Calon Suami Yang Baik, wanita juga harus berusaha untuk memperbaiki dirinya sebelum memasuki ke alam perkahwinan.

Seperti mana Allah S.W.T berfirman,

 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Petua Mencari Calon Suami Yang Baik :

Pilih yang baik dan beragama

Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan?

Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.

Cari yang sabar dan penyayang

Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah?

Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran.

Jangan nilai pada rupa

‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.

Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.

Hormat orang tua

Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan?

Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.

Cari yang boleh mendengar dan mendidik

Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita.

Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.

Lihat pada keluarga dia

Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”.

Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.

Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita

Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita.

Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.

Sumber = Harian Islam

Thursday, 28 March 2013

Putih-putih Melati La Sayang!!!


Sekarang kan ada keluar lagu

"Putih - putih melati, merah - merah delima, siapa yang baik hati, pasti ku terima "

Bila dengar lagu Putih2 Melati ni bila la nak jumpe jodoh kan. hihi
anyway lagu ni sama macam lagu kanak2 time aq kecik2 dulu...

Lagunya macam ni

Ola oli kuberi nama,
Saudara saudari cikebum cikebum,
Malam-malam minggu, siang-siang hari disko-disko,
Putih-putih melati Alibaba,
Merah-merah jelita meow-meow,
Siapa yg baik hati Cinderella,
Tentu disayang Emak.

Saturday, 21 July 2012

Pelajar Sekolah Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah 2013




Assalamualaikum kawan2. Puase x korang semua... hehehe,mestila puase kan kan..
ok topik hangat minggu ini masih panazzz tatkala kiter sedang meraikan bulan ramadhan ini. apa die? ha tengok ni kisah kat bawah ni pasai gadget moden masa kini henpon dah boleh dibenarkan bawak ke sekolah... peh... memang best bg budak2 skola ni pada sy.. bukan ape,best la dpt dgr lagu time cikgu ajar sibuk blutooth... mcm2 la...

Ini keterangan oleh pihak atasan :

Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.

Datuk Dr Wee Ka Siong berkata,"Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak".

Inisiatif itu mengambil-kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah.

Jadi bila mana menteri sudah bagi lampu hijau mcm sy dah higthlight kan tuh... touch n go la ape lagi ye...
Bagi sekolah rendah rasanya x jadi masalah...tp akan jd masalah besarrr bagi yg di skolah menengah tuh... kenapa? ha sebb anatara masalah yang biase berlaku ade 2 keadaan...
  1. Adakah pelajar dapat menumpukan pelajaran sewaktu dalam kelas ?
  2. Mampukah gejala edaran video lucah dalam telefon dapat dibendung ?
Rasenya ramai pihak espicially mak bapak la kan.... 

Bagi saya la kan sebagai bekas budak sekolah 5 tahun lepas... perkara ni bukanlah suatu perkembangan ICT walaupun menteri kata ni trend bai...hahaha tetapi ini soal perkembangan modal insan anak2 remaja kita... Jadi, situasi ini sekiranya betul2 akan berlaku 2013... saya rase guru2 disiplin kene kerja keras sikitlah...then mintak naik pangkat sikit ker.. gaji bagi double pon ok..heeheheh....

Isu ini memang banyak menjadi tanda tanya klu banyak negatifnya betul x kawan2.... Cube korang pikirla kan berapa ramai n berapa peratus yang boleh kawal penggunaan henfon ni? 10% 20% 100% ?
x de maknenyer la... gadget henpon sekarang bkn mcm public fon... skrg mcm2 ade...nak2 game angry birds...hahaha ( sy x main ea ) hehehe.

Emm oklah itu je saya nak kongsi . Apa yang saya kongsi sekadar cetusan akal. Apa yang ditulis tiada niat untuk memburukkan sesiapa. Tapi bila bercakap soal perkembangann anak-anak zaman sekarang banyak risaunya. 
p/s : pasni sy nak cadangkan bawak bantal n selimut kat skola plak.heeee


Friday, 20 July 2012

Jangan ada ‘hudud Umno’, ‘hudud Pas’



SHAH ALAM – Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang mahu Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hudud disambut baik Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya.

Menurutnya, dalam isu ini, Umno ada kelebihan besar kerana perlembagaan parti jelas menyebut 'berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara'.

Oleh itu, cadangan seperti itu perlu disokong oleh semua umat Islam. Katanya, apa yang paling penting sekarang adalah Umno Johor tidak perlu gopoh untuk melaksanakan cadangan yang sebaik itu kerana dikhuatiri terhenti di separuh jalan sahaja.

“Pertama sekali, apa sahaja kebaikan yang muncul, tidak kira daripada Umno, Pas atau sesiapa sahaja, saya akan sokong demi Islam. Saya juga bersedia bekerjasama bagi beri pandangan dalam isu ini, sekiranya diperlukan.

“Saya juga tidak mahu hukum hudud ini nanti dilabelkan sebagai ‘hudud Umno’ atau ‘hudud Pas’. Apa yang paling penting hudud ini disusun dan dilaksanakan demi menarik kembali umat kepada Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Khamis lalu, Adun Kemelah dari Umno membangkitkan cadangan tersebut ketika Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12.

Memetik kenyataan Ayub dalam satu portal berita, beliau berkata, mahu melihat Johor mendahului negeri lain dengan laksanakan hudud sebenar, yang didakwanya berbeza dengan hudud Pas.

Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum berbanding hudud Pas yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

Selain itu, Fathul Bari mahu semua pihak melihat keseluruhan aspek dan menghimpunkan pakar-pakar terlebih dahulu bagi memberikan pandangan supaya hukum ini benar-benar
dapat dilaksanakan.

“Kita perlu himpunkan individu yang mempunyai kuasa dalam pentadbiran, mufti-mufti, ulama-ulama, pakar-pakar perundangan, pakar perlembagaan, penguat kuasa di semua peringkat dan intelektual-intelektual yang bebas, iaitu datang atas kapasiti isu ini.

“Selain itu, perlu dihimpunkan juga raja-raja Melayu sebagai ketua Islam di negara ini dan wakil-wakil negara yang telah melaksanakannya. Jika mereka ini dapat dikumpulkan, Insya-Allah kita boleh bergerak ke depan lagi,” katanya. 

SUMBER : SEMPOI.ORG



Zulfan 2012. Powered by Blogger.