SELAMAT DATANG KE BLOG MRFUIYOO

Saturday, 7 September 2013

Kenapa rahim ibu adalah tempat yang paling selamat dan ajaib?

 
 
 
1- Allah sendiri yang berfirman dalam Surah al-Mu’minun, “Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia
daripada satu sari pati dari tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) di tempat
yang kukuh (rahim)”.


2- Pernah tengok bayi lahir tak cukup bulan? Biasanya, bayi lahir pramatang kena duduk dalam inkubator
untuk satu jangkamasa tertentu. Kenapa inkubator? Sebab, inkubator direka fungsinya sebagai pengganti
rahim ibu. Mestilah inkubator ni dipasang macam-macam teknologi perubatan demi kelangsungan bayi tadi,
tapi bayi ini masih lagi ada risiko terkena jangkitan.


3- “Bilik” paling kebal dari sebarang ancaman. Macam-macam ancaman. Bunyi bising, asap kenderaan,
asap rokok bapak dia, pelbagai siri gegaran.

4- Kedudukan rahim. Duduknya rahim adalah dalam ruang pelvis (ruangan antara tulang pinggul dan paha).
Kedudukan istimewa ni sangatlah sesuai untuk perkembangan awal janin. Fuh, hebat!


5- Suspensi yang baik. Urat-urat kenyal yang menjadi jambatan penghubung antara tulang pelvis akan
menebal dan memanjang. Inilah datangnya sistem kestabilan terbaik untuk menahan sebarang gegaran dan
asakan!

6- Otot-otot rahim yang kuat. Otot endometrium ni memang otot-otot yang kuat sehinggalah membolehkan
kontraksi (sakit nak bersalin) berlaku semasa proses kelahiran.

7- Rahim mampu membesar 20 kali ganda saiz asal dan menampung 1000 kali ganda kapasiti asal! Tak
hairanlah, ada yang mampu lahirkan kembar 7!


8- Sistem pertahanan. Biasanya, kalau badan kita dimasuki objek asing, secara automatik sistem imun kita
akan menyerang dan membunuh objek asing tadi. Tapi tidak dalam kes bayi dalam kandungan rahim ibu.
Secara logiknya, hampir 50% genetik bayi adalah daripada si bapa (bukan makhluk asing). Jadi, sepatutnya
bayi tadi ditolak oleh sistem imun ibunya, tapi ini tak berlaku! Menarikkan?


9- Janin bebas jangkitan. Contohnya, kalau si ibu positif HIV, janin dalam rahimnya adalah selamat daripada
jangkitan HIV! Jangkitan hanya berlaku jika berlaku percampuran darah semasa proses kelahiran.
Subhanallah!
sumber : facebook

0 comments:



Zulfan 2012. Powered by Blogger.