SELAMAT DATANG KE BLOG MRFUIYOO

Friday, 20 July 2012

Ada Apa Pada Wangian?



Jadi adakah sudah sampai pada pengetahuan kita akan minat peribadi junjungan kita Nabi S.A.W yang mana seharusnya juga menjadi minat kita.

Dalam satu hadis Nabi saw bersabda :

Maksudnya: “Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat.”

(Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)

Wangian adalah salah satu perkara yang amat diminati oleh Rasulullah S.A.W, yang mana tidak syak lagi ianya datang dari sifat naluri insan biasa yang menyukai sesuatu yang harum dibandingkan dengan sesuatu yang busuk.

Fitrah manusia yang baik kejadiannya dan sifatnya akan membuatkan manusia itu menyukai wangian. Sebaliknya akan membenci sesuatu yang busuk atau kotor seperti mana Nabi saw tidak senang apabila melihat sesuatu yang kotor atau bauan yang busuk. Sehinggakan ada yang menyatakan Nabi saw mengelak untuk makan makanan yang berbau seperti bawang putih, merah dan buah yang berbau.

Apabila ditanya Nabi saw menjawab,

“ Aku adalah seorang pemohon, aku memohon pada Tuhanku dan malaikat yand turun padaku. Kerana itu aku tdak mahu ada padaku bau busuk.”

Nabi S.A.W dikurniakan oleh Allah wangian yang semula jadi, sehinggakann peluh Nabi saw sendiri berbau harum lebih daripada wangian lain. Dalam satu riwayat mengisahkan Ummu Salamah ketika bersama baginda saw. Beliau mengumpul peluh pada lengan nabi ketika nabi tidur, lalu disedari oleh nabi dan ditanyakan mengapa berbuat begitu. Jawab Ummu Salamah: ya Rasulullah kami inginkan wangian yang terbaik untuk kami. Dalam riwayat Muslim kami jadikannya keberkatan untuk anak-Anak kami. Lalu jawab baginda saw “benarlah kamu.”

“Wangian menyegarkan diri untuk beribadah”

Antara sunnah dalam wangian

1.) tidak menolak wangian.

Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hr Muslim)

2.) Sentiasa mendapatkan wangian sama ada membeli atau menggunakannya.

Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud – sanad hasan).

3.) Mengguna wangian pada seiap perkara

“Sebaik-baik wangian adalah kasturi.”

Antara perkara yang amat menakjubkan ialah manusia itu boleh membezakan 5 ribu haruman atau aroma yang berlainan.

Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih Bukhari Muslim)

Dikisahkan jalan yang dilalui oleh Nabi saw akan berbau harum seperti wangian Nabi saw sehingga membolehkan sahabat mengetahui bahawa baginda saw melalui jalan tersebut.

Menjadi kebiasaan Nabi saw juga untuk mengusap, bergurau dan berkata-kata dengan budak-budak. Apabila budak itu pulang ke rumah, maka akan segera diketahui bahawa Nabi saw telah bertemu dengan budak itu kerana wangian yang melekat pada tubuhnya.

Maka amatlah penting bagi seorang muslim untuk menyukai apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W kerana ianya pasti akan disukai oleh Allah S.W.T. Tidak ada berlebihan dalam memakai wangian melainkan padanya mendatangkan bermacam kebaikan.

by :paksi.net



0 comments:



Zulfan 2012. Powered by Blogger.