“Sayang apa khabar denganmu? Disini ku merindukan kamu.”
Anda mesti tahu kan potongan lirik ini dari lagu nyanyian siapa? Jika dulu, bila radio putarkan lagu berjudul ‘Sayang’ oleh Shae, kami pasti akan ikut nyanyi sekali. Dengan lirik dan muzik yang ‘catchy’, lagu dendangan Shae ini juga adalah antara lagu yang selalu menjadi siulan kami.
Namun, selepas sebuah video ‘miming’ oleh seorang lelaki tersebar di internet, segalanya sudah berubah. Dengar saja lagu ‘Sayang’ dimana-mana, samada kami ketawa seorang diri ataupun sedikit marah kerana tiada lagi wajah Shae yang muncul dikepala ini. Apa yang tinggal hanyalah gerak tari, lenggok tangan dan juga wajah seorang lelaki.






