“Sayang apa khabar denganmu? Disini ku merindukan kamu.”
Anda mesti tahu kan potongan lirik ini dari lagu nyanyian siapa? Jika dulu, bila radio putarkan lagu berjudul ‘Sayang’ oleh Shae, kami pasti akan ikut nyanyi sekali. Dengan lirik dan muzik yang ‘catchy’, lagu dendangan Shae ini juga adalah antara lagu yang selalu menjadi siulan kami.
Namun, selepas sebuah video ‘miming’ oleh seorang lelaki tersebar di internet, segalanya sudah berubah. Dengar saja lagu ‘Sayang’ dimana-mana, samada kami ketawa seorang diri ataupun sedikit marah kerana tiada lagi wajah Shae yang muncul dikepala ini. Apa yang tinggal hanyalah gerak tari, lenggok tangan dan juga wajah seorang lelaki.
Melalui internet, sebuah video viral ‘Sayang’ yang dinyanyi secara ‘miming’ oleh seorang lelaki telah menjadi popular dalam sekelip mata. Setelah diselidik, melalui laman Facebook, lelaki ini mempunyai sebuah akaun yang menggunakan nama “Bobo Bubu”. Dari profail yang ditulis pula, Bobo berasal dari Melaka dan sehingga kini, selepas hampir 3 minggu, video Bobo telah mencatat lebih 300 ribu jumlah tontonan.
Apa yang menarik perhatian kami ialah, siapakah Bobo sebenarnya?
Bobo juga sentiasa menjadi bualan di Twitter dan yang pastinya, dia kembali lagi dengan sebuah video baru melalui lagu Diamond oleh Rihanna. Anda sudah tak sabar kan? Jom tengok video selepas ini.
0 comments:
Post a Comment