Bismillahi walhamdulillah wallahuakhbar..“hey.. siapa nama kau, nurun! Nurun ea??.......^^, senyum tak perlu kata apa-apa.. teringat Shaziq tegur masa pra graduate adik2 aizah bulan lepas;) sempat la jumpa, ex-Azizah dua tiga ketul. Haihh, nak gelak pun ada., satu batch pun tk tau nama? Familiar kot erin dulu..sebelah kelas je pun.. nama insta jugak yg dia tau.? hihihi. Tadelah, gurau ja.. I pemalu okay,lagi lelaki?memang tde lah nak teguq kat sekolah tu.. it’s okay, tade masalah pun nak panggil nurun. Ramai lagi ke yg tak kenal erin? Okeh, sementara nak tunggu bang masuk maghrib.. meh taaruf jap. Nama sebenar erin, Nor Syahzerin Mohd Najib, umur.. masuk 21tahun dah..boleh strt fikir masa depan? jodoh? Oh.. tidakk lah, malas nak amik tau. Hah, nama dgn umur jelah eh. Yg lain boleh semak buku diari erin. Ada ke? Hee . Nak cerita sikit, dulu ayah pernah kata sebnaq nya nak letak nama Syakirin, sbb ternampak nama masjid AS SYAKIRIN. Gaknya lah,, tak igt sngat.. masa tecik tecik ayah bgitau.. ke mimpi je eahh? Hahahahaa. Takpelah ,tak penting pun.. tapi , anjang yg bgi nama tu. Anjang ni adik ayah.. Kenapa letak syahzerin ea? Takde maksud lahh..:( belajar *BERSYUKUR* erin…Baiklah.. bersyukur lah ni. Alhamdulillah, nasib ada Nor kat depan, ada lah cahaya. Okey senyum balik. Tapi.. one day! Masa borak2 dengan mak anjang, dia cerita lah zaman depa bercinta dulu2 smpai lah tetiba cerita pasal bekas makwe anjang.. rupa nya , nama ex-gufenn anjang dlu Syahzerin jugak ke.. *tk tau la ejaan berbeza mungkin* pasal tu ka dia bgi ayah nama syahzerin. Aihh,, macam2 ek orang zaman dulu ni.. hihihi. Nasib baik la mak anjang cerita, klau tak.. tak tau..dah lama dah pun cerita ni, zaman erin sekolah rendah.. Saja,, nak flashback><Tapi.. macam maana dapat Nurunqalbi ??Ala.. nk tau ka, panjng sangt la cerita nya.. sempat dak nak msuk maghrib nih. Erin taip lelaju okay. Masa form3, zaman nak berhijrah ke arah lebih baik.. erin adore sangat dengan Fasi ni, Kak Latifah student UTM.. skrang kahwin dah. Nama facebook dia, Jawhar Qalbi.. pi lah tengok. Memandangkan nama erin, takda maksud rasa sedih.. taktau kenapa, cemburu dgn nama orng yang indah belaka maksudnya, tapi, erin percaya semuanya dah tertulis..segalanya adalah takdir.. bagi erin tak bermkna nama yg tiada erti,? Sifatnya buruk? Jadi.. erin ter inpirasi dengan nama nurunqalbi, , untuk erin cari kekuatan dalam berhijrah.. dengan harapan Allah selalu ada dekat dengan hatiJSatu hari tu,, pengalaman first time berkerja, sbb cuti sem..ada satu peristiwa pahit berlaku .. kita tak minta, tetapi Allah nak duga.. maka kita kena akur dn redha dgn kehendakNya. Tak nak lah cerita sini pasal apa,, sedih sangat lah.. Allah jelah yg tahu..sedih mcm nak berhenti kerja la tu jugak. Nak tenangkan diri, erin buat keputusan mintak anjang dn mak anjang ambil petang tu.. nak balik cuti sekejap.. mencari ketenangan hakiki..Dalam perjalanan balik, tiba-tiba keluar lagu opick-cahaya hati ni?? Ya Allah..sayu nya hati masa tu.. tajuk lagu ni sama dengan nama yg erin pilih ?? baru perasan..,. Apa yg Allah nak sampaikan ..? Allah nak uji hati erin?..? ? ?banyk nya persoalan, dan semuanya bagaikan satu kebetulan…dengan hati juga Dia selalu meyakinkan bahawa Dia sentiasa ada bersama hambaNYA. Jadilah nurunqalbi yang sentiasa kuat, menjaga hati dan tetap teguh imannya.. mudah-mudahan…JAzam tahun baru!! Okay.. erin tangguh dulu, wahai Encik Lappy jangan jemu mengadap muka erin yaa. Salam Maghrib, Assalamualaikum..
Cahaya HatiOpick
Tuesday, 11 September 2018
Siapakah Engkau Dalam Kamus Hidupku ???
Assalamualaikum... Alhamdulillah Hari Ini Tanggal 10 April 2018 bersamaan tahun baru hijrah 1440H.... Syukur kerana dipertemukan dan dipanjangkan umur sehingga ke hari ini... Sebenarnya dah lama tak menaip dan bergiat aktif kat blog selepas zaman kejatuhan player2 google adsense.. Google adsense? Binatang apetu...haha Senang cakap platform buat duit dalam usd secara online melalui blog or wordpress.... Tak yahlah tahu sangat nanti pening...cukuplah sekadar makluman jer...kihkih
Tertanya2 kehidupan selepas beberapa tahun selepas belajar... alhamdulillah sekarang dah jadi Guru Tetap DGA 29. Dah berumahtangga ? Soalan paling top dan sensasi bagi kalangan semua orang...hahaha. By the way masih lagi still bujang... huhu..
Sebenarnya hari ini tergerak nak menaip semula...entah kenapa terdetik semula selepas terbaca secara tak sengaja diari seseorang yang pernah ku kenali sekitar tahun 2016. Pada mulanya just nak tahu je si die nie ada blog ke... kalau ada teringin jugak nak baca... ushah2 google terjumpa pulak blog kerja kursus die bersama lecturer dulu Cik Wan yang mengajar Teknologi Pendidikan.
Tengok semua sharing pasal kerja kursus..bosan gak membace...haha tibe2 ada 1 lagi link kisah mengenai hidup die...senang cakap diari hidup... Satu per Satu Posting ku baca dari sebalik nama die yang unik yang lain dari yang lain... hinggalah sampai artikel terakhir bertajuk " KAU DALAM ISTAKHARAH " . Tajuk tu aku dah agak ade lagu isttikharah.. serius memang feeling betul story luahan hati die tu... hmmm
Kenapa aku fefeeling pulak? Yelah sebb sape makan cili die terasa pedas... tapi sekarang aq tengah menaip tak makan cili haha...Ok Nie luahan die... aq nak simpan... kenapa? die la wanita aq betul-betul jatuh hati disaat menhadiri majlis kahwin sahabatku disegamat...huhu. Aku berharap Die akan menerima diri suatu hari nanti meskipun orang kata penantian itu suatu penyeksaan...tapi aku tetap positif.... Moga Allah mudahkan hajatku......
28 April 2018 | 10.51 pagiKAU DALAM ISTIKHARAHKU..Bismillahirrahmanirrahim....bila hati diketuk oleh seorang pemuda, yang mana erin langsung tak kenal akan dirinya,, dia telah cuba menawan hati ni yang begitu rapuh imannya..Allahuakhbar!HATI mula tersepit..Mulanya .mungkin kerana dia terpandang erin di majlis perkahwinan nisa’&fikri temph hari,, menyebabkan hati dia tepaut pda erin,, kenalan bermula di facebook kemudian sambung perbualan di whatsapp,?pada fikiran erinlah ketika tu, ‘apa tujuan sebenarnya dia contact erin??..tak lama, 3 April 2016, terjawab persoalan erin..dia cuba berterus terang dengan hasratnya untuk jadikan erin sebagai zaujah. Pada awal erin dah jangka,memang itulah yg akan dia nyatakan....Allah..berat hati erin rasakan..untuk kali ketiganya erin terpaksa berhadapan dgn situasi sebegini..dan yang paling penting erin kena buat keputusan,, masa tu.hanya Allah je yang tahu betapa sedihnya jiwa,,hati erin ragu2..“Adakah ini ujian buatku Ya Allah??atau..anugerah?jodoh yg kau titipkan untuk aku”.“Adakah aku perlu tolak untuk pemuda yang ketiga hadir dalam hidup aku”..?“Adakah aku perlu terima dengan usia yg terlalu awal ini untuk aku hidup dengan pemuda yg aku tak kenal sama sekali, biarpun..dia punya agama..punya kerjaya..?”….banyak persoalan yang keluar….Ya Allah..jujur masa tu erin tak kuat nak hadapi sorang diri,,betapa sukarnya hadapi situasi yang jiwanya sgt berbelah bagi..bercampur baur.. setiap malam memikirkan tentang hati? Bagaimana dengan hati ini? tiada yang kurang pada si dia sebagai alasan untuk erin tolak lamaran..saat tu,, kakak emak ayah nenek mak anjang&anjang tahu hasrat pemuda tu..apa yang boleh erin katakan semua senang dengan kehadiran si dia, dengan apa yg erin cerita..tapi,, tak mudah bagi erin untuk terima..hanya pebualan ringkas di whatsapp dan gambar?erin tak mampu menilai siapa dia,, tak mampu menyelami hati dia..“Dia ikhlas ke?.. atau..rupa paras yang dia pandang??”..Hanya ALLAH yang boleh beri kekuatan dan jawapan..masa dua minggu erin manfaatkan denganNya..dalam sujud erin mohon petunjuk, dalam tirai doa erin mohon kekuatan..subhanallah..masih takde jawapan,, hati mula menjerit kerana semakin tersepit..satu malam.. erin hmpir berputus asa utk istkharah..cuma terselit doa sebelum terlena..janji Allah…Dia ada di atas setiap pertolongan hambanya,, mimpi yang hadir dalam tidur erin tu,, tanpa erin duga..nak diceritakan,, bukanlah satu mimpi yang indah, bukanlah satu mimpi yang manis..tapi..mimpi…Mimpi..hmm…mimpi yg hanya sekali lalu..yang pasti..Petunjuk yang hadir dalam mimpi erin adalah orang yang sama dengan petunjuk yang pertama sebelum ni..Allahuakhbar..seandainya memang dia adalah jodoh yang terbaik tercatat buat diri ini, maka..erin redha dan tawakal..2 Minggu berlalu..Keputusan yg sebaiknya erin perlu buat, utk mnolak lamaran pemuda tempoh hari dgn cara baik dn hikmah..dgn hrapan keputusan yg erin buat tu adalah mmberi kebaikan ats dirinya dn utk diri erin juga, bukanlah kerana mimpi yg hadir tu mnjadi alasan erin tolak lamaran,, tpi, biarlah ia menjadi rahsia antara erin dgn ALLAH..hakikatnya.. erin faham sukar utk dia terima jawapan erin,, dia cuba utk memikat hati emak&ayah dgn cara lain ..Allah,, satu lagi ujian yg hebat..erin kena kuat tempuh semuanya,, tapi..apa pun erin bersyukur , Allah telah menjawab segala persoalan.... dan yakinlah..Allah akn berikan yang terbaik utk kita, bukanlah yg tercepat..kerana hati manusia ini sifatnya seringkali berbolak balik, dan iman nya terkadang di atas, terkadang di bawah..maka..ku tahu Kau sedang menguji keimanan ku.. Rasulullah juga mengajarkan kepada umatnya untuk selalu mengembalikan urusan kepada Allah jika menemui perkara atau permasalahan dengan beristikharah.. hmmm..stakat ni je yg nak erin katakan..harapan erin..semoga dia sentiasa dalam istikharah, sbb ku yakin kau yg Allah pilih untukku.."Ya Allah..meski aku tak ketahui siapa jodohku, adakah benar dia untukku..maka Kau peganglah hatinya untukku dan hatiku untuknya..hadirkan aku jua dalam istikharahnya..peliharalah keimanan kami,,peliharalah hati kami..jadikan aku hamba yg redha dengan ketentuan dan anugerahMu”…Aamiin Ya Rabb
Thursday, 21 April 2016
Tips-tips Meningkatkan Hubungan Bersama Orang Tersayang
Keyakinan dan kesetiaan pada pasangan perlu ditingkatkan dalam usaha mengeratkan perhubungan suami isteri. Status ‘hubungan jarak jauh’, atas tanggungjawab kerja yang dijalankan bukanlah penyebab utama untuk anda berlaku curang.
Sebaliknya, ketahanan diri, kesetiaan serta kejujuran dalam perhubungan adalah penting untuk memiliki minda positif yang seterusnya mengeratkan hubungan dengan yang tersayang. Anda inginkan hubungan yang mesra berkekalan hingga ke akhir hayat? Tip-tip ini dapat memberikan impak positif dalam perhubungan anda:
Berbual di telefon
Setiap pagi apabila anda bangun dari tidur, berkomunikasi di telefon bersama yang tersayang dengan kata-kata ‘Selamat Pagi, sayang’, mampu melakarkan senyuman manis di bibir si dia.
Berkomunikasi melalui laman sesawang
Anda boleh berkomunikasi melalui Facebook, E-mel, Wechat. Sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu walaupun tinggal berjauhan.
Meluang masa bersama dihujung minggu
Luangkan masa di hujung minggu di rumah sekali seminggu atau dua kali seminggu, agar kemesraan yang terjalin tidak pudar dan menjadi semakin hangat. Anda juga boleh lakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama yang menjadi kesukaan anda berdua.
Jujur dan setia dengan pasangan
Setia dalam perhubungan akan meningkatkan kesedaran dan keyakinan diri walaupun jarak jauh. Anda perlu mencintai si dia sepenuh hati dan menyayanginya dengan jujur agar kemesraan yang terjalin tidak akan terungkai, sekiranya ada gangguan lain ia akan menggugat ketahanan hubungan anda dan pasangan.
Memberikan kata-kata cinta setiap hari
Ringankan bibir anda untuk luahan kata cinta sebagai tanda penghargaan kehadiran si dia yang menjadi penyeri dan penceria hidupmu. Singkirkan sikap ego dan senyap tatkala berjauhan, ini akan mengguris hati pasangan anda dan merenggangkan hubungan.
Meluangkan masa bersama melalui ‘Skype’ atau berkomunikasi dengan video
Teknologi canggih pada masa kini, perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Luangkan masa bersembang agar rindu yang terpendam dapat diredakan. Tanamkan rasa sayang yang mendalam, hubungan akan menjadi akrab selamanya.
Yakin dalam hubungan
Perasaan yakin perlu ditingkatkan pada pasangan untuk mengelakkan dari tercetusnya pertelingkahan yang berpunca dari khabar angin dan tiada usul buktinya. Nikmatilah perjalanan hidup sebagai suami isteri sebaiknya dengan rasa cinta dan sayang serta mensyukuri nikmat yang telah diberikan.
Kredit : Pesona Pengantin
Wednesday, 28 October 2015
Jom Buat Duit Dengan Forex 2015
Assalamualaikum dan salam muafakat johor.
Lama tak update blog. Mesti korang rindu nak stalker-stalker kan. Ok topik kali ni saya nak kongsikan kepada anda bagaimana nak buat duit dengan mudah melalui perdagangan matawang dunia bahasa scientifiknya disebut FOREX TRADING. Pernah dengar ke korang ? Yang dah tahu tak payah bacalah hahaha. Ok khas untuk newbie-newbie luar sana FOREX TRADING merupakan sistem pertukaran duit transaksi yang berlaku dalam talian online. Kita tak payah pergi moneychanger untuk menukar duit . Melalui online sahaja urusan jadi mudah. Amacam? Dah faham???
Ada newbie-newbie tanya macam mane buat duit dengan duit. La... tadi saya nak jelaskan kan moneychanger tu. Sedia maklum ekonomi dunia ataupon matawang ada turun naiknya begitu juga komoditi-komoditi yang ada turun naiknya. Bila ada turun naik harga... akan berlakunya sistem untuk beli dan jual... ataupon dalam bahasa FOREX ialah BUY DAN SELL. haaa pening da? hahah. Terlebih dulu saya nak maklumkan nak trade forex ni mestilah ada sedikit ilmu... means ada basic dah cukup dah anda untuk trade dengan ilmu asas yang ada. Jadi forex ni suatu bisnes yang long term... ibarat kita jual beli saham...haa macam gitula nampaknya nak bagi newbie-newbie luar sana faham. Saya nak tekankan disini FOREX bukan benda yang scammer @ short term... tapi long term... sebab itu kalau anda tengok kadang2 ada yang trade forex membabi buta lepastu rugi.... Ilmu forex kalau dibahaskan sangat luas.. jadi saya share setakat mana yang saya ada ilmu hehe. So kalau nak bertrading forex kena ada ilmu... google pon boleh...kalau tak perlukan guru.. tapi mesti tak puas kalau tak ada guru mengajar face to face. Ibarat kita nak ilmu kene datang sekolah....kann..betul x?
Dibawah ni salah satu bentuk bagaimana sistem forex trading melalui chart atau graf, Anda faham tak? hehe. Dont worry be happy.... Dulu saya pon pening jugak... makan masa nak hadam. Jadi ini adalah gambaran mcm mane anda nak trade forex asanya ialah sepertimana gambar dibawah ni...
Ok sekarang saya nak explain... ada yang tanya ada apa je dalam chart tu. Haaa kan da bagi tahu tadi ada chartla hahah... Dalam forex kalau anda nampak dalam chart tersebut ade harga setiap pair-pair tertentu. Ada yang tanya pair tu apa pulak? Ok pair tu ialah pasangan matawang yang kita dagangkan..contohnya EUR/USD simbol kepada matawang Europe dan United State Dollar. Ok berbalik kepada ada apa dalam chart tu... selain ada pair yang kita dagangkan.... terdapat juga benda yang naik dan turun...perasan tak? kalau tak nak nampak nak g check doktor.hahah. Ok yang naik turun tu ialah harga yang ada naik dan turun..... atau bahasa forexnya:
Harga Naik : Candle Bullish
Harga Turun : Candle Bearish
Ok sekarang faham dah asas2 forex? saya just terangkan dulu konsep pengenalan je dulu kan .
Pointnya disini anda kena tahu apa itu forex? ada apa dalam forex? Jenis matawang apa perlu didagangkan ? dan macam mana nak tahu graf dalam forex.
Baiklah sampai sini je asas pengenalan saya mengenai forex kepada anda semua. Kalau nak tahu lagi tunggu next chapter saya terangkan... Ok selamat maju jaya. Never say gudbai.
Tag : BuatDuitdenganforex,Pengenalanforex
Janawangforex
jombuatduitforex
carabuatduitforex
Tuesday, 28 July 2015
Pengalaman Daredevil 3 Sahabat Dari Malaysia Panjat Marina 101, Dubai
Assalamualaikum,hai korang pernah panjat bangunan tinggi-tinggi x? mesti ada yang tak pernah dan ada yang pernah. Zulfan panjat 2 tingkat pengalaman kerja kontraktor pon dulu gayat nya masha allah.. Meh tengok kisah best 3 orang rakyat Malaysia yangmencipta nama dengan aksi hebat!!!
Baru 2 hari Uploads di FB...
Pengalaman Daredevil 3 sahabat dari Malaysisni panjat Marina 101, Dubai dahpun disiarkan dibeberapa media antarabangsa antaranya di Telegraph UK..
Anyway jom baca Pengalaman dari Abudi Alsagoff....
Monday, 27 July 2015
CARA BUNUH NYAMUK (BUATAN SENDIRI)
Bahan-bahan :
• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar
Langkah-langkah:
1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.
Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.
Selamat mencuba.
♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥
9 AMALAN DOA DAN ZIKIR UNTUK MENDAPAT ANAK SOLEH DAN SOLEHAH
Berikut merupakan amalan doa dan zikir yang boleh diamalkan bagi memohon kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Insyallah:
Amalkan membaca ‘Ya Latif’
Buat sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:
“Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah."
Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
" Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
Sunday, 26 July 2015
Tips Cara Langsaikan Hutang RM43K Dalam Masa 14 Bulan
Semua orang mempunyai cabaran kewangan dan setiap cabaran kewangan setiap orang tidak sama , ini adalah sebab utama saya tidak suka menunjukkan formula dan kiraan kewangan secara umum terutama di blog atau di media sosial dan anggap setiap kiraan dan formula tersebut boleh digunakan oleh semua orang.
Dibawah adalah contoh kes dimana tanpa formula , trik atau kaedah tertentu dapat menyelesaikan hutang sebanyak RM43K dalam masa 14 bulan sahaja , selepas tempoh tersebut dan apabila semua hutang dilangsaikan, Tuan punya kes akan dapat menyimpan RM4000 setiap bulan.
Berikut adalah dialog saya bersama yang bertanya , dengan sedikit maklumat asas dapat membantu beliau menyelesaikan hutang sedia ada.
100 Tafsiran atau Maksud Dalam Mimpi
Mimpi ? Ya semua orang pernah bermimpi... tapi pernahke kita ambil tahu maksud disebalik tabir mimpi itu.. Kebiasaanya orang akan cakap mimpi mainan tidur ataupun gangguan syaitan.. Sejauh mana kebenaranya? Hari ini saya nak share 100 tafsiran mimpi yang boleh kita jadikan bahan ilmiah untuk kita. Jom semak mimpi korang dibawah :
1. Mimpi diberi anak : Akan mendapat harta.
2. Mimpi berkelahi dengan seseorang tapi kalah : Akan mendapat malu.
3. Mimpi menjual di pasar : Pertanda buruk, karana kita akan mengalami kesusahan dalam mencari pekerjaan.
4. Mimpi berjalan melalui banyak duri : Akan mengalami suatu kegagalan terhadap apa yang selama ini kita inginkan.
5. Mimpi berjalan dijambatan berbatu : Akan mendapatkan keselamatan.
6. Mimpi berjalan sangat jauh : Akan mendapatkan umur panjang.
Saturday, 25 July 2015
4 Perkara Pelik Telah Berlaku Ketika Malaysia vs Liverpool Semalam
Keputusan sepenuh masa perlawanan persahabatan Pilihan Malaysia menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Pilihan Malaysia cipta sejarah ikat Liverpool 1-1 PILIHAN MALAYSIA 1 (Patrick Ronaldinho Wleh m-13) LIVERPOOL 1 (Jordon Ibe m-28).
1.) Penyokong dari luar negara turut menyokong pasukan Malaysia
2.) Wajah pengurus Liverpool FC, Brendan Rodgers bagai tidak percaya bahawa pasukan diterajui Pablo Dollah Salleh menyekat pasukan Liverpool 1-1

3.) Kecederaan yang dialami pemain Liverpool sebentar tadi.!

4.) Goalkeeper Liverpool terpaku melihat goal magic dari Patrick Ronaldinho

5.) Pemain Liverpool hanya disediakan kerusi plastik

3.) Kecederaan yang dialami pemain Liverpool sebentar tadi.!
4.) Goalkeeper Liverpool terpaku melihat goal magic dari Patrick Ronaldinho
5.) Pemain Liverpool hanya disediakan kerusi plastik
Friday, 24 July 2015
Tips Untuk Ibu Mengandung
Tips yang boleh diamalkan sepanjang tempoh mengandung
1. Selalulah beri salam kepada bayi di dalam kandungan.
2. Panggilnya dengan gelaran “anak umi”, “anak mama” dan sebagainya.
3. Kejutkan dia ketika ingin beribadah; solat, dengar kuliah, baca alquran dan sebagainya. Banyak berkomunikasi dan mengajak buat kebaikan seperti, “anak umi bangun, jom kita baca alquran”.
4. Didiklah anak ketika dalam kandungan lagi.
5. Ajak bayi kita mendoakan ibunya.
6. Jika terlihat perkara mungkar, kejutkan bayi dan bersama-sama doa mohon perlindungan Allah s.w.t.
Jom kita ramai2 share moga2 info berguna ini diamalkan berjuta ibu2 yg sedang mengandung diluar sana.
30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
Assalamualaikum semua. Harini zulfan nak share 30 Orang Yang Pertama Dalam Islam. Korang mesti ramai tak taw kan. Kalau sebut pasal gadget,kereta, dan sebagainya korang memang handal la tahu siapa yang mencipta . Tapi tentang sirah nabawiyah kisah-kisah sirah yang lebih kepada akhirat ramai tak taw. Jadi zulfan nak share kepada pembaca-pembaca semua semoga bermanfaat. Baca dibawah :
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
Thursday, 23 July 2015
Rusuk Kiri Bergetar ? Persoalan dan Jawapan....
Assalamualaikum salam aidilfitri kepada sahabat-sahabat zulfan ...lama tidak update blog ni mesti dah bersarang kan.. Apapun zulfan ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin... Sekiranya ada salah silap termakan terminum terkasar bahasa kepada geng2 dan rakan2 online harap dimaafkan ye.... Baiklah.. arini zulfan bukan nak cerita pasal raya tapi nak kongsikan sikit mengenai Tulan Rusuk Kiri Bergetar Tahap maksima...hahah.
Korang faham x maksud tulang rusuk kiri tu apa? Kalau tak tahu jom baca kisah dibawah ni :
Ada seorang lelaki bertanya : 'Ustaz, kenapa setiap kali apabila saya terpandang perempuan yang bertudung dan cantik maka rusuk kiri saya akan bergetar?
Ada apa-apa maknakah?
Aljawab ;
Itu tandanya anggota badan kita marah kerana tidak menundukkan pandangan. Boleh jadi juga itu petanda bahawa ajal kita sudah dekat, jadi banyak-banyaklah bertaubat.
Lagipun hanya lelaki yang tidak matang dan cetek pengalaman hidup akan terpedaya oleh kecantikan luaran. Lihatlah P. Ramlee dalam cerita "Musang Berjanggut" bagaimana beliau berjaya membezakan di antara perempuan dan betina melalui pengembaraan, ujian dan pengalaman.
Thursday, 18 June 2015
Tersontot....Menyesal Tiada Guna....
Salam. Emm korang kenal Pak Man Telo? Tok Belagak.... KJO...fIRH fITRI.... Kazanah Bangsa? apelagi..... ARBA.... SOUQ EMAS.....Argh,,,,,, :( Ini semua penyontot terbesar!!!!
"Alhamdulillah Bertemu Ramadhan 1436H 2015M"
Assalamualaikum.... ramadhan kembali lagi..syukur ke hadrat allah taala kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat bulan yang penuh keberkatan. Ramadhan kali ini berpeluang bagi diri aku bersama-sama family tercinta untuk sambut bersama-sama. Berbanding tahun lepas...aku hanya bersama-sama housemate hehe.
Emmm.... cuma... aku sedih kalau la arwah abah masih ada lagi....kalaulah arwah abah masih ada lagi... :( 3 tahun sudah berlalu.... Tahun 2012 merupakan tahun sedih bagi aku dan family... Alhamdulillah setakat ini aku berusaha meneruskan amanat sebagai anak sulong...tanpa abah disisi insha allah aku akan terus membela dan menjaga famili aku selagi aku mampu...dan buat yang terbaekkk.... sedihnya... sebak..... banyak perkara yang aku rindu...
Monday, 23 March 2015
Rahsia Hilangkan Parut dan Jerawat!!!
Tag : Rahsia Hilangkan Parut dan Jerawat!!! Power Ubat Parut Berkesan!!! Tips Hilangkan Parut!!! Penawar Hilangkan Parut!!! Cara Hilangkan Parut!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera geng2 blogger dan semua kaki2 online alam maya. Baiklah hari ini saya nak perkenal produk yang boleh membantu anda yang ada masalah-masalah kulit especially seperti :
Assalamualaikum dan salam sejahtera geng2 blogger dan semua kaki2 online alam maya. Baiklah hari ini saya nak perkenal produk yang boleh membantu anda yang ada masalah-masalah kulit especially seperti :
- Parut jerawat?
- Parut luka disebabkan kemalangan?
- Parut kudis?
- Parut demam campak?
- Tompok-tompok tahi unta di badan?
Mesti anda semua ada mengalami apa yang masalah yang saya listkan diatas kan. Dan ramai juga yang dah guna bermacam-macam produk tetapi tiada keberkesanannya. Jadi saya nak perkenalkan produk terbaru di pasaran online iaitu AZANIS SCAR SERUM!!! Apa tu x pernah dengar kan? Memangla produk baru di pasaran memang x pernah dengar ibarat bayi baru lahir ke dunia baru nak dikenalkan. Walaupon Produk Azanis Scar Serum ni masih baru..tetapi produk ni mendapat sambutan yang meletop terutama dalam dalam jualan online. Ok la mari saya tunjukkan testimoni dan juga gambar2 masalah kulit dan kesannya selepas menggunakannya. Alhamdulillah setiap customer yang beli dan guna produk nie dengan ikhlas insha allah pasti masalah kulit kita akan berjaya. Semua tu bergantung pada usaha dan doa kita. Ye dok... Jom survey2 gambar di bawah....
Tuesday, 3 March 2015
10 Janji Allah Swt Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Friday, 27 February 2015
Cara Buat Aiskrim Pasu
Assalamualaikum.... hai lama x update blog kan... haha maklumlah busy dengan koje lobak koje lebu.... ok entry kali ini zulfan nak share cara-cara buat aiskrim pasu....haaaa gempak kan bunyinye.... mesti yang x pernah makan jakun kan kan kan..hahah Sebenarnye mudah je nak makan ais krim pasu nie... korang x perlu pergi ke kedai... korang boleh buat sendiri secara handmate...ceh gitu... hehe ok zulfan pon sebenarnye jakun jugak dengan ais krim pasu... meh zulfan tunjukkan skill membuat aiskrim pasu dengan mudah dan pantas....
Bahan-Bahan
- Pasu bunga plastik bersaiz kecil
- Cawan untuk mengisi aiskrim
- Aiskrim (perasa apa pun boleh)
- Biskut Oreo (dihancurkan)
- Daun untuk hiasan atau bunga kalau nak kelihatan lebih menarik (pastikan daun atau bunga yang boleh dimakan).
Friday, 13 February 2015
Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Thursday, 12 February 2015
Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat Kembali Ke Rahmatullah
انا لله وانا اليه راجعون
Bismillah...
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat disahkan meninggal pada jam 9.40 malam ini.
Meninggalnya beliau di malam Jumaat. Moga Allah rahmati rohnya di kalangan yang beramal soleh di syurga Firdaus.
Al-Fatihah
Subscribe to:
Posts (Atom)
Zulfan 2012. Powered by Blogger.























