انا لله وانا اليه راجعون
Bismillah...
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat disahkan meninggal pada jam 9.40 malam ini.
Meninggalnya beliau di malam Jumaat. Moga Allah rahmati rohnya di kalangan yang beramal soleh di syurga Firdaus.
Al-Fatihah
"Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]
Suasana di Kediaman Allahyarham Tok Guru
Orang ramai berpusu-pusu datang memenuhi depan kediaman TGNA ini selepas mendengar perkhabaran beliau telah meninggal dunia.
Ya Allah, terimalah amal ibadat dan segala kerja-kerja Islam Tuan Guru kesayangan kami ini ya Allah.
Tarikh 12 February mencatatkan sejarah apabila 2 tokoh pejuang Islam yg hebat meninggal dunia tanpa berganjak sedikit pun dari medan perjuangan mereka sehingga akhir hayat walaupun berhadapan pelbagai ujian dan fitnah.
1. Imam Hassan Al Banna pada 12 Feb 1949
2. TG Nik Aziz Nik Mat pada
12 Feb 2015
ALLAHUAKBAR !!
0 comments:
Post a Comment