Assalamualaikum Awak...
Ya , awak yang saya kasihi .
Awak cuba awak lihat sekeliling ,
Lihat dua orang hamba Allah itu ,
Mereka bermadu cinta ,
Tanpa ikatan yang halal .
Awak cuba pula lihat di sana ,
Mereka saling berbalas " text " ,
Mereka ber " sayang " bukan pada hak mereka .
Semua itu indah kan ?
Ya !
Tapi ,
Semua itu kita takkan lakukan lagi kan ?
Di sana mereka cipta syurga cinta dunia mereka .
Kita ?
Kita takkan ikut seperti mereka lagi kan awak ?
Awak ,
Awak janganlah dekat dengan cara seperti itu lagi .
Biarlah itu menjadi sejarah jahiliah kita awak .
Awak ingat lagi tak ?
Pertemuan awak dan saya adalah takdir .
Awak yang kata seperti itu dulu .
Terdetik juga cinta kita ,
Jua suatu takdir .
Kadang-kadang saya menangis ,
Saya ingin seperti itu semula ,
Saya ingin seperti mereka ,
Bermadu kasih bersama awak yang saya cinta .
Tapi ,
Seperti ada sesuatu yang menyedarkan saya .
Membuat saya menangis ,
Membuat saya meratap ,
Ini yang menyedarkan saya dari lamunan itu .
Allah ,
Saya tahu cinta ini amanah engkau kepada saya .
Saya tak sanggup mengkhianati kesucian cinta ini .
Maaf sayang ,
Saya tinggalkan awak ,
Demi DIA dan demi menjaga maruah kita .
Sungguh awak .
Sungguh sakit hati ini .
Perit pedih semua bersatu ,
Dan menyesakkan dada ini .
Dalam setiap malam yang kelam ,
Air mata ini sering menitis ,
Mengadu kerinduan saya kepadamu melalui DIA .
Sungguh ,
Saya yakin DIA mendengar .
SAYA YAKIN .
Seringkali air mata ini jatuh ,
Mengenangkan saat dulu ,
Tika saya melupakan DIA ,
Malunya saya .
Kini ,
Terpahat di hatiku ,
SAYA LUPAKAN KAU DEMI DIA .
Kerana saya ingin dahulukan DIA daripada awak .
Mana mungkin ,
Saya kata saya sayang awak ,
Tapi saya memimpin tangan awak ke Neraka .
Saya tak mahu kita terus hanyut .
Benar ,
Bibir ini menyatakan " saya lupakan awak " ,
Namun di setiap doa saya ,
Selalu hadir nama awak .
Awak ,
Cuma satu yang saya mahu .
Saya mahu kita bersama di syurga .
Biarlah ,
Biar hari ini keperitan yang kita lalui ,
Bukan syurga dunia yang kita inginkan ,
Tapi , syurga di sana .
Syurga yang dijanjikan untuk hamba-Nya yang soleh .
Jika ada jodoh kita , kita pasti bersama .
Sabarlah sayang ....
P/s : Emm sebak :(
0 comments:
Post a Comment