SELAMAT DATANG KE BLOG MRFUIYOO

Monday, 1 April 2013

Jom Niaga Online Tanpa Modal!!!



Perniagaan sudah semesti dikaitkan dengan kewangan tetapi ada juga perniagaan pada masa kini yang hanya memerlukan usaha anda tanpa melibatkan sebarang modal untuk menjana pendapatan sampingan.

Terdapat dua jenis perniagaan online (internet) yang boleh anda mulakan tanpa sebarang modal iaitu Affiliate dan Dropship.



Affiliates

Konsep affiliate lebih kepada anda mempromosikan produk yang dijual oleh individu tertentu dan anda mendapat komisyen yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut. Kebanyakan produk affiliate ini adalah terdiri daripada E-Book.



Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah mendaftarkan diri di mana-mana laman yang menawarkan affiliates bagi produk mereka dan anda akan diberikan satu link khas bagi tujuan promosi.

Langkah kedua, anda promosikan produk mereka dan pastikan pelanggan yang hendak membeli produk, membeli melalui link tersebut.

Melalui dua langkah mudah ini, anda akan mendapat komisyen daripada pihak pengendali produk tersebut.

Dropship

Konsep dropship sedikit berbeza daripada affiliates. Anda menjual produk dropship mengikut harga yang anda sendiri dan pelanggan akan membuat tempahan dan bayaran kepada anda. Ini bermakna, keuntungan ditetapkan oleh anda.



Langkah pertama sama sahaja seperti affiliates, anda perlu mendaftarkan diri atau mencari mana-mana laman web atau kedai online yang menerima dropship.

Langkah kedua, fikirkan satu harga yang bersesuai untuk anda jual produk tersebut atas nama anda atau kedai anda. Harga mestilah lebih tinggi daripada harga pembekal kepada anda. Fikirkan juga kos pos yang dikenakan oleh pembekal kepada anda.

Langkah ketiga, promosikan produk tersebut di laman sosial atau mana-mana yang anda rasa sesuai. Apabila pelanggan anda membuat tempahan kepada anda, anda perlu membuat tempahan yang sama kepada pembekal produk tersebut.

Kemudian, pihak pembekal produk akan menghantar produk tersebut kepada pembeli anda.

Nasihat saya sebelum memulakan perniagaan dropship dan affiliate ini, pastikan anda memeriksa dahulu latar belakang produk dan individu yang menawarkan khidmat dropship dan affiliate ini. Ini bertujuan untuk mengelakkan anda daripada tertipu. Pastikan produk tersebut berkualiti dan dijamin sampai kepada pelanggan anda.
 
p/s : Saya suka affiliates dan dropship nampak konsep sama tapi sedikit berbeza.

0 comments:



Zulfan 2012. Powered by Blogger.